SimpanSini — Simpan Semua Rekod Penting Anda Dalam 1 Web App
Dipercayai untuk simpan rekod harian anda

Semua rekod penting anda,
dalam 1 web app tak perlu bersepah lagi!

Link, hutang dan rekod servis kenderaan, Simpan semua rekod satu tempat yang mudah diakses. Tak perlu lagi cari dalam buku, nota telefon atau app yang berasingan. Buka akaun SimpanSini, semuanya disini.

Baki hutang bulan ini
RM 11,870
Servis seterusnya
59,668 km
Links Debts Vehicle Logs
My Links
5 folder · 14 link
Dev & Tools 4 links
Social 4 links
Favourites 4 links
Music 1 link
Akses pantas Teratur Lebih kemas
Hutang Diselesaikan
62%
RM 400 / RM 400 Duit Pinjam
Masalah Yang Ramai Hadapi

Rekod anda bersepah, dan anda tahu ia satu masalah

Setiap hari anda uruskan banyak perkara penting. Tetapi tanpa satu sistem yang betul, semuanya hilang, bertaburan dan menyusahkan.

Link hilang bila diperlukan

Link penting tersimpan dalam chat, screenshot dan bookmark lama. Bila nak guna, tak jumpa. Buang masa cari semula.

Hutang keliru, lupa siapa berhutang

Catatan hutang bertulis tangan atau dalam kepala. Bila bayaran masuk, anda tak pasti baki sebenar. Risau tersalah kira.

Rekod servis kenderaan terlepas

Tak tahu bila kali terakhir tukar minyak hitam. Bila kenderaan rosak, baru menyesal kerana tiada rekod lengkap.

Risau data hilang

Nota dalam telefon rosak, buku koyak, fail hilang. Data penting anda tiada 'backup'.

Buang masa setiap hari

Setiap kali nak rujuk sesuatu, anda perlu tanya orang, scroll chat, atau buka 4-5 aplikasi berbeza. Penat.

Terlalu banyak alat, tiada satu tempat

Whatsapp untuk link, Excel untuk hutang, buku untuk servis kereta. Semua berasingan dan tiada satu pun lengkap.

Penyelesaian

SimpanSini menyatukan semuanya dalam satu tempat

Tiga modul utama yang direka untuk keperluan harian anda. Ringkas, pantas dan mudah digunakan.

1

Simpan Link dengan teratur

Simpan semua link penting anda dan susun mengikut folder seperti Favourites, Dev & Tools, Social atau Music. Cipta folder anda sendiri.

  • Susun link dalam folder yang kemas
  • Cari semula dalam beberapa saat
  • Tiada lagi link hilang dalam chat atau dari media sosial
Paparan modul Simpan Link dalam SimpanSini
2

Rekod hutang dengan terurus

Catat hutang, bayaran balik dan baki dalam satu paparan. Tahu siapa berhutang, berapa baki dan status bayaran. Semuanya jelas.

  • Pantau status: Aktif, Sebahagian atau Selesai
  • Rekod bayaran dipaparkan dengan jelas
  • Simpan status bayaran setiap transaksi
Paparan modul Rekod Hutang dalam SimpanSini
3

Rekod servis kenderaan teratur

Simpan setiap servis, tukar minyak dan baiki kenderaan. Tahu jarak kilometer, kos dan tarikh. Supaya tiada servis terlepas.

  • Sejarah lengkap satu kenderaan
  • Ingatan servis seterusnya berdasarkan km
  • Jual kenderaan? Ada bukti penyelenggaraan
Paparan modul Rekod Servis Kenderaan dalam SimpanSini
Manfaat

Apa yang anda dapat bila guna SimpanSini

Bukan sekadar simpan rekod tetapi ketenangan fikiran setiap hari.

Satu web app sahaja

Tak perlu pasang banyak aplikasi. Link, hutang dan kenderaan di satu tempat.

Mudah dicari & teratur

Semua rekod tersusun mengikut kategori, jadi anda jumpa dalam beberapa saat.

Akses bila-bila masa

Guna di telefon, tablet atau komputer. Data anda sentiasa bersama anda.

Rekod disimpan dengan selamat

Semua rekod dihimpunkan dalam 1 tempat. Lebih mudah diakses dan dicari.

Cara Guna

Mula dalam masa 3 minit

Daftar akaun

Buka akaun SimpanSini di browser anda dan daftar dengan emel. Selesai dalam beberapa saat.

Tambah rekod anda

Masukkan link, hutang dan rekod kenderaan. Susun mengikut kategori yang sesuai untuk anda.

Guna setiap hari

Akses bila-bila masa dari mana-mana peranti dan kekalkan rekod anda sentiasa kemas.

Pelan Harga

Percuma untuk cuba. Pro untuk tanpa had.

Lihat perbezaannya. Pelan Percuma cukup untuk rekod yang asas. Pelan Pro tanpa had untuk anda yang serius menguruskan rekod setiap hari.

Rekod Percuma Pelan Pro Paling Popular
LinkSimpan & susun pautan penting 50 Tanpa had
FolderKategori untuk link anda 2 Tanpa had
Rekod hutangPantau baki & bayaran 10 Tanpa had
KenderaanProfil kenderaan anda 2 Tanpa had
Rekod servisSejarah penyelenggaraan 50 Tanpa had

Batal bila-bila masa · Rekod sedia ada anda kekal selamat selepas naik taraf

Jom naik taraf hari ini!

Dapatkan akses LIFETIME dengan rekod 'UNLIMITED' - Peluang ini dibuka untuk 50 orang sahaja.

Pelan Percuma bagus untuk mencuba. Tetapi bila rekod anda bertambah, had itu akan menyekat anda. Dengan Pelan Pro, tiada lagi had link, hutang, kenderaan atau rekod servis. Semuanya 'unlimited'.

Soalan Lazim

Ada soalan? Ini jawapannya.

Ada pelan percuma?

Ada. Pelan Percuma membenarkan 50 link, 2 folder, 10 rekod hutang, 2 kenderaan dan 50 rekod servis — tanpa kad kredit. Untuk rekod tanpa had, pilih Pelan Pro.

Perlu pasang aplikasi ke?

Tidak perlu. SimpanSini ialah web app yang boleh dibuka terus dari browser telefon, tablet atau komputer anda.

Maklumat apa yang boleh saya simpan?

Tiga kategori utama: link penting, rekod hutang serta bayaran, dan rekod servis atau penyelenggaraan kenderaan.

Boleh saya akses dari telefon dan komputer?

Boleh. Cuma log masuk dengan akaun anda dan semua rekod akan muncul pada mana-mana peranti.

Apa jadi jika saya capai had pelan percuma?

Rekod sedia ada anda kekal selamat. Bila anda naik taraf ke Pelan Pro, semua had dibuka serta-merta dan anda boleh terus menambah rekod tanpa had.

Boleh saya batal langganan Pro bila-bila masa?

Boleh. Tiada kontrak jangka panjang. Anda bebas untuk naik taraf atau batal pada bila-bila masa.